RSS

Dari dapur saya....Ramadhan Winter 2011

Tahun ni, takde istilah pasar ramadhan sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak. Tensen doh, dah la tgh mabuk2 nih. Macam2 teringin nak makan. Biase la nafsu nasfi puase. Bende yg takde tu lah yg teringin nak makan. Seminggu mak kat sini boleh la order ape nak makan. Lepas tuh nah amik kau masak la sendiri. Ku gagahkan jugak mereka menu tuk berbuka demi suami terchenta....muahahaha.

Ok pe...boleh jugak la masak macam2 walaupun lepas masak terus pengsan.
Antara menu bebuka puasa dari dapur saya...


Kuih Cara - acuan mak bwk dari m'sia ritu

Murtabak Daging hasil bantuan en suami yang konon2nye pandai tebar kulit murtabak

Kuih Lapis - putih dan merah sahaja

Kuih Cara Berlauk

Dan ade lagi beberapa menu yang tak sempat nak capture. Resipi semua saya rembat dari sini http://www.myresipi.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penat lelah terbayar sudah :)


Kelmarin, 2nd attempt karipap pusing. Jenuh jugak la sebab nak betul2 ikut resepi. Masih tak dapat hasil yang sama tapi lebih baik dari 1st attempt.
Yang menjadi masalahnye doh minyak tu masih tak dpt berminyak macam dalam gambar resepi. Dekat 2 jam uli last2 proceed je to the next step. Alhamdulillah jadi jugak akhirnya....boleh la nak amik order pasnih :p










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mak selalu kata....

Mak selalu kata....aku ni angat-angat taik ayam. Lihat saja lah pada blog yg telah bersawang ini. Telah lama ditinggalkan sejak berlakunya pertukaran hormon yang mengakibatkan emosi tidak seimbang. Walaupun banyak info yang mahu dikongsi bersama, namun hasrat itu terpaksa ditangguhkan ke satu masa yang tidak dapat dipastikan. Semuanya bergantung kepada daya tahan diri dan masa yang amat mencemburui....

Sehingga ketemu lagi nanti.....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minggu ini dalam sejarah

Minggu ni dalam sejarah sebab.......yasmeen memberi kerjasama yg sgt baik untuk toilet train. Dah boleh ckp 'mummy emeen nk encing oilet' sambil lari2 gi toilet. Boleh dikatakan every 10 mins visit toilet tp ape pun tak keluar. Kesian...siap teran2 lg tp takde ape yg keluar. maybe dier ade rasa tp bile duduk atas tu tak jadi keluar sebab janggal last2....eksiden jgk. But the most important thing..she has the effort. Alhamdulillah sabar itu separuh drpd iman ye tuan-tuan dan puan-puan.

Kalau nk ikut since dier 2 y.o lg mummy dah nak start toilet train tp yasmeen tak bersedia. haih siap bergaduh bagai lah nk ajak dier gi toilet. Berkat membaca sana sini barulah mummy faham anak tak boleh dipaksa bila dier belum bersedia.

Kite teruskan usaha lg ye wahai anak....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Patah tumbuh hilang berganti...

Kesinambungan kepada entry 'I would like to say this as a "Reminder"'.


Hilang: YAB 53P


Berganti: YHK 28W


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wishing for her fast recovery...

Alhamdulillah everything went well...
Mak dah selamat di operate last week 29/3/11 di hosp teluk intan. Abah kate the procedure took about 5 hours. Mak dah boleh cakap n makan sikit2 right after the surgery. Discharge on the 31st. Kata mak, kalau ikut, on the 30th doc dah suruh balik, tapi mak nak berehat dulu. Few days, msg je lah dgn mak. nak call tak tergamak plak takut menyusahkan mak nak berckp. Ptg khamis, skype wit mak. She looks good alhamdulillah. Semoga cepat sembuh mak. Sama-sama kita doa agar result 'itu' memberi perkhabaran yg BAIK...aammmiiinnn

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mari membuat burger

Bahan-bahan:
200g daging hancur
1 biji bawang besar potong dadu
1 biji telur
lada hitam secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit minyak

Cara:
Gaul semua bahan. Then tepek-tepekkan mcm buat bergedil. Make sure jgn tebal sgt nnti isi dalam tak masak.




Siap!!!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

my very first PYREX

haha...introducing one of my bestie in the kitchen, Miss 9-1/2" Pie Plate pyrex. Dah macam mak mak kan? nak kumpul pyrex la, corelle la, corningware la, tupperware la...hikhik.

pelan-pelan kayuh. duit pun bukan byk sgt asyik nak membeli je. nak beli pun sebab geram tgk kt sini murah.padahal bukan takde pinggan mangkuk. yg ade tu pun tak habis pakai. pinggan mangkuk hadiah kawin pun ade lg yg tak bukak. tp takpe...kite buat koleksi peribadi :p



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Praying hard for MAK



I am praying hard for my mak. Last night she told me that she will be going for a minor surgery on her thyroid. Last few months she discover a swelling on her throat. Decided to see the doctor immediately. Normal check up shows no abnormalities. But, doctor suggested for further check up. Sample tissues from her thyroid has been sent for test twice. Both result shows an unclear diagnos. It is not a thyroid diseases like my late grandma was suffering for. Those results make doctor, mak and abah pening. They affraid the thing so called thyroid c_ _ _ _ r.

If the swelling is true for the thyroid diseases, it make senses because of the genetic factor. My grandma (suffering from goitre-enlargement of the thyroid gland), my aunt (having an inactive thyroid diseases) and my cousin (has been successfully gone thru the surgery for the thyroid diseases). But my mom have no other symptoms of the thyroid diseases except the swelling throat.

Surgery is the best solution to know what the thing is. Removing half of the thyroid will prevent from the harmfull, unwanted 'thing'. I really hope good things will be with mak everytime, everywhere. I wish I could be with you on that day like the day you was with me on the labour room during my 1st baby delivery. My bad. I am soo sorry mak...my prayer will always be with you...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I would like to say this as a "Reminder"

".....apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau. Maka ia terus menjadi." Surah Yaasin: Ayat 82

Things come with a reason. Allah Maha Mengetahui. Baik buruknya sesuatu perkara...Dia lebih tahu. Siapa kita untuk menidakkan ketentuannya..

18 Feb 2011 kitorang telah diberi "peringatan" oleh yg Maha Esa sesungguhnya life is fragile. Berlaku insiden yg hampir-hampir meragut nyawa kami sekeluarga. Kereta kami Mazda 626 (YoM 1993) terbakar.





Petang tu....ada appointment di klinik UC. Dah nak smpai car park, tiba2 hubby jerit, "eh mana clutch??"
Huh, clutch boleh hilang ke? rupe-rupenye clutch termasuk ke dlm. hakhak mcm kelakar kan bunyiknye. kene tarik pakai tgn baru keluar. sampai kt simpang ade kereta lain plak lalu, terus lah mati engine. Hubby tolak kereta, aku control stering. aku try tekan clutch, ok lah plak. drive slow2 gi parking.

Selesai urusan di klinik, decided nk gi workshop repair clutch. Drive slow2 sebab risau clutch buat hal lg. tak sampai 5 min jln, aku tercium bau mcm getah terbakar. cepat2 suruh hubby stop tepi jln. Bila hubby turn off the engine, nampak smoke cames out from the engine, betul2 depan mata aku nih. Hubby jerit suh bwk yasmeen keluar. Aku dgn gelabah lari gi seat belakang tarik-tarik yasmeen. dier duk dlm car seat, dgn seat belt lg punye lah payah nk tarik. sian dier nangis, mungkin sakit sebab aku duk tarik2 dier. hubby capai beg laptop n bwk kitorang jauh dr kereta.

Kebetulan ade 1 kereta aunty kt depan tuh tgh ambik anak dier balik sekolah. tanya dier kot2 dier ade no contact mechanic yg berdekatan. Tgh aunty nih duk belek2 buku yellow pages dier, aku nampak asap makin byk keluar. hubby terus je call bomba. Api dah mula keluar, makin lama makin byk. 5 min aku rase mcm 5 jam tunggu bomba tak sampai2. Org ramai berkerumun, semua pakat jerit suh pegi jauh dr kereta, takut meletup. Ade yg bwk fire extinguisher, ade jgk yg duk sibuk2 amik gmbr. Bomba dtg padam api. Almost 80% burnt and the result of their investigation said, it started from the fius box. "Short circuit" nothing to do with the clutch. Pelik!!

Lemah longlai lutut masa tuh. tgk kereta terbakar depan mata. Polis dtg ambik report and the most UNLUCKY thing is the car is NOT insured. Ade sedikit miscommunication di situ. This is not the right time to point to others. Things had happen. Sila ambil pengajaran, 'jgn terlalu percayakan org lain!!!'

Polis hantar balik rumah. Menangis air mata darah sekali pun tak mungkin akan dpt kereta tu balik. Berserah diri pada Yang Maha Esa, sujud syukur kerana masih diberi kesempatan melihat dunia...itulah yg terbaik.

Tentang kereta ITU:
1. Baru pakai 3 bulan
2. Dibeli dgn harga AUD 4500
3. Performance sgt baik. Luaran dan dalaman masih cantik walaupun YoM 1993.
4. Ke Batesman Bay paling jauh penah pegi.
5. Berkhidmat baik bwk hubby pegi balik kerja.


Thanks for those who had lent me your shoulder. Tak kenal sape2 ntah time tuh dtg saying condolence.
Kepada kawan-kawan di Canberra dan family di M'sia terima kasih atas sokongan moral dan pertolongan ehsan anda semua.

Dugaan yg kami terima tak lah sehebat mangsa cyclone di Queensland, tak lah seteruk mangsa banjir di Brazil dan tak lah sesengsara mangsa gempa di Chirstchurch. Kami panjatkan syukur yg tak terhingga. Sesungguhnya....Allah tak akan menguji kita lebih daripada apa yang kita mampu tanggung...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Food Additives

Be particular of each food ingredients is a must when you are in a foreign country. Especially for the Muslims la kan...wajiblah carik yg halal. Sejak dtg sini, kalau nk beli barang makanan, mau 5-10 min belek ingredients dier. Yelah, kadang2 tak faham term2 yg diorang gune. Kene study la sket bahan2 yg commonly used, selamat dan halal tuk dibaham. Carik punye carik jumpe la satu web yg list out the food additives yg selalu ade dlm mknn. Ade yg selamat dan ade yg tak selamat tuk dimakan.

Boleh jgk nak dikatakan, diorang kt sini very concern pasal health food. Byk jual organik food, no MSG added food dan yg bestnye food 'suitable for vegetarians' pun mmg byk jual. Kalau dah vege kite tak perlu la risau pasal ingredients yg gune daging 'bak' tu.

Check it out!!!

http://www.mbm.net.au/health/400-495.htm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yasmeen Home School

From these...



(Magazines, brochures, flyers yg selalu memenuhkan recycle bin kami)

I made this....
















Yasmeen ni lebih attractive dgn bende2 sekitar dier yg selain drpd toys. Kadang2 bukan main sgt pun toys2 dier tuh. Lebih suke nk selongkar kitchen kabinet mummy, closet, TV kabinet dan yg terbaru, fridge. So, poster ABC ni, mummy lekat gambar2 yg Yasmeen suke main dan senang nak ingat. Mudah-mudahan cepat belajar ABC ye sayang...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kesinambungan kisah 'Suamiku bosan makan nasik' (II)

Kisah 'Suamiku bosan makan nasik' masih belum tamat. Hari2 kite akan menggoogle menu ape nak masak.
Mula la teringat menu2 yg penah dimakan kat kedai2 western mase di m'sia. Antara menu fav, 'beef cutlet'. Boleh didapati di satu kedai makan kt my home town, t.intan. Nama kedai tak ingat. Tapi owner dier ialah kakak kepada penyanyi Jamal Abdillah.

                                                            Beef cutlet + sos suka rasa


Bahan-bahan:
Daging batang pinang di potong dadu
Tepung gandum
Minyak untuk menggoreng
Bwg besar, bwg putih potong dadu
Sos cili
Sos tomato
Sos black paper
Gula & garam secukup rasa
Sayur-sayuran sebagai side dish

1. Goreng daging dgn minyak yg sedikit sampai agak brownish (half cook)
2. Gaul dgn tepung then goreng. Tepek2 kan je atas kuali. Jgn terlalu tebal nanti tak garing. Dan jgn goreng
    terlalu lama sebab daging dah half cook pun tadi.
3. Untuk sos, tumis bwg besar & bwg putih sampai wangi.
4. Masukkan segala bala sos yg ada, gula & garam secukup rasa. Kalau nk cair sket tambah la air ye.
5. Sekian


Menu seterusnya agak cengkelat sket sebab beli lamb yg dah siap marinated. Lamb sweet soy kalau tak silap namanye. Boleh didapati di outlet2 Jabal Halal yg terdekat dgn kawasan anda. Mashed potato pun beli yg instant punye so tak payah la tulis cara-cara masak ek :p

Sweet soy lamb grill + mashed potatoes + baked chips + sayur-sayuran


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2010 PR (Personal Review)

Berlalu lah sudah 2010
Sekarang masuk 2011

Hehehe pantun 2 kerat. Mase keje dulu kalau awal2 taun mcm nih sibuk lah dgn PM goal. Pastuh tak puas hati dgn rating. Ritu chat ngan pu3, dier kate bos bagi rating baik punya taun nih. Alhamdulillah rezeki... Teringat plak rase baru je lepas kitorang kecoh2 tak puas hati dgn rating taun lepas. Adelah internal issue hari tu smpai group kitorang dah mcm bola ditolak tendang sane sini. Ape-ape pun...taun ni aku dah tak keje. Semoga memori bekerja dan pengalaman selama 3 tahun di FSL tersemat abadi. (mood: sedih. tiba2 rindu FSL)

Wokeh back to the topic. My 2010 is full of riddle. Macam-macam ada. Mari kite review balik:

1. Tak ingat lah gi celebrate new year kt mane :p. Rasenye kt rmh je kot. Sebab dah ade budak kecik kan.
2. Hubby turn up to change his work path. End of 2009 he quit. Jadi penganggur terhormat kt rmh, awaiting for his next chance...educationer..
3. He finally get his offer. UMT. What?? UMT? yes, it's UMT (Uni Malaysia Terengganu)
4. Then what? We have to be apart. I am here in PJ and he's in KT.
5. Stayed in Klang with parents in law. Pasrah je lah. Mengenangkan si anak had to be safe when i am out for work. Hubby balik every fortnight.
6. Oh yeah. Aku isteri mithali. Letting go my BJM4949 to be with hubby in KT. Left me my old  ADM7789 :(
7. Few times need to pos yasmeen back to t.intan since PIL going somewhere. Jadinye sorang kt utara, sorang kt barat, sorang kt timur.
8. Around march, had time hanging out with old UTP frens. Tut, syida, kak fara, zara n riza...gile lah bertahun2 tak jumpe. mcm org gile sekali jumpe.
9. Get myself my own credit card. Tukang swipe dah jauh kan. Kene la buat sendiri skrng.
10. Once to Pedas Hotspring with PIL
11. Once to Cameron Highlands. Sakit bontot sebab berhimpit2 dlm kete :p
12. As for our birthday (22/4 & 15/5), me and hubby get ourselves a watch. a DKNY and a SWATCH. Birthday treat by FSL buddy (fazi, elly, nadia, huril, putri) at nasi padang. tak ingat dah namenye. TQ
13. 3rd wed anniversary, hubby took us to AVILLION. I luv u soo much mujomujo. What a nice water challet. (Disebalik kisah itu: mase mula2 kawin dulu kitorang hidup sederhana je. Duit gaji pun cukup2. Gi honeymoon pun kt PD je. And hotel yg kitorang duduk dulu betul2 sebelah Avillion. Ristek kalau tak silap namanye. Sadis tul mase tuh. Hubby penah kate, kite mampu gi sini je. Nanti kalau ade rezeki, kite gi yg sebelah sane ye. Alhamdulillah, skrng rezeki dah ada, then he brought us there. Thanks abang....)
14. Anak. Ye semakin berakal dan semakin nakal.
15. Kalau ayah ade, ayah yg rajin layan yasmeen. ni bile sorang, balik keje penat2, kaki berdenyut2 tekan clutch layan jam anak plak byk songeh mula la hangin satu badan.
16. Through the year. Kitorang satu family spend the most less time togather. Mane taknye, Trg cuti Jumaat, Sabtu. KL cuti Sabtu, Ahad. Hubby balik selalunye Khamis mlm. Jumaat tuh aku keje plak. Then Sabtu, hubby dah nak balik KT. Paling2 pun kitorang gi Jusco je lah bwk si kecik tuh jalan2.
17. Once to Genting. Bwk si kecik tuh gi theme park.
18. Hubby sponsorship had approved him to further his study at Uni of Canberra. Takde pilihan...I need to end up my career. Turn out to be a fulltime housewife soon...
19. We will be leaving M'sia for about 4 years. Depends la hubby boleh siapkan his phd bape lame.
20. Decided to let my bos know bout the resignation before time. "You should tell me earlier" Makaih aku dah bgtau 3 bln awal kire baik la tuh. Kalau aku bg terus surat a month before mau lg menggagau ko.
21. Since hubby in KT for almost 10 months. Aku jadi pelanggan tegar AirAsia.
22. One of my best buddy, Huril lost her mom. She had been suffering from lung cancer. Huril sgt kuat semangat. Sgt kagum dgn Huril. To Huril: U did the best for her. At least Allah give chance for you to take care of her till the end of her life....kitorang belum tentu dpt peluang mcm tu.
23. Take 1 day off. Settlekan passport, visa, med check up dll.
24. Puasa without hubby. Berkejar2 dalam jam balik Klang sorang2.
25. Raya preparation. Agak mewah. sebab gi tempah segala stok kain yg dah simpan bertahun2. Total up to 8 helai youuu.
26. Duk ulang alik kedai bunga kt S.Alam. Buat hantaran and bunga pahar for my bro's wedding. Mcm aku plak yg nak kawin kan?
27. Pack up barang kt rmh kepong. Furnitures, kitchenware, electrical appliances sumer lego kt bakal pengantin baru. Sadis tgk rmh kosong. Semua barang2 tu adalah simbol permulaan hidup kitorang. Beli mase mula2 kawin dulu. Kalau nak simpan pun tak logic, 4 tahun lame tuh. Sempat reput perabot2 sumer.
28. Mak n abah buat house renovation plak before Khairil kawin. Kene tlg kemas la plak. Seb baik sempat siap sebelum raya.
29. Raya kt t.intan taun nih. Tema = grey
30. My bro tied the knot. Dgn gadis pilihan yg berasal dr kuala kangsar. Mak happy lah sebab dpt menantu org dekat je.
31. 1/10/10 will be my last day at FSL. Settlekan mane2 yg patut. Agak selalu balik lambat. Segan jgk kt PIL. Tp...nak buat cam mana kan?? kerja harus dibereskan...
32. Farewell treat by team mate and lunch mate. TQ
33. Sadis meninggalkan FSL. Tempat jatuh lg dikenang, inikan tempat mencari rezeki.
34. My girl turns 2. Simple celebration je sebab ayah kene balik KT lg. Makan2 kt rmh mak ngah kt Kota Warisan. Order castle cake kt my fav baker: LeaOven
35. Berangkut barang balik t.intan. Again just the two of us. Drive kereta mak, barang penuh dlm kete, dgn si kecik nih je. Plak tuh hujan lebat sepanjang jln. Menggigil jgk lah kaki. Anak behave. Alhamdulillah selamat sampai.
36. 8/10/10. Abah is the most happy person in this world sebab dier dah pencen. Hadiah pencen kemain byk mengalahkan org kawin. Berangan nk jaga cucu. Tapi cucu nak blah la plak.
37. Last preparation. Baju sejuk tak beli byk sebab skrng tgh spring tak sejuk sgt. Beli tuk anak je la takut dier tak tahan sejuk.
38. 20/10/2010 hari keberangkatan ke Canberra.
39. Lain hal plak kt Canberra. Sampai duk hotel seminggu, 2 minggu sewa bilik then baru dpt rmh sewa. 1 month own a car.
40. Alhamdulillah settle down dah kt Canberra.

Secara keseluruhannya, 2010 is my independence year. 2011 is my happy year. 3 of us has been togather again in a new and lovely place named Canberra....alhamdulillah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila suamiku bosan makan nasik (I)

Masuk bulan ke-3...
Nasik adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Sampai kt tempat org pun kite carik nasik jugak. Tapi lain plak kisahnye dgn laki aku yg sorang nih.

Suatu hari...
Isteri: Nak masak lauk ape ek hari ni?? Tak tau dah nk masak lauk ape.
Suami: Awak masak nasik ke?
Isteri: Yela...nape tak mo nasik?
Suami: Cube awak msk makanan diorang plak. Tak yah msk nasik selalu. Bosan la plak.Nanti balik M'sia baru rase best sebab jakun dah lame tak tgk nasik heheee...
Isteri: :) OK!!

Sejak dari hari tu...aku pun kene la buat planning. Aku masak nasik selang seli...time tak masak nasik buat la makaroni goreng ke, sup ke, grilling ke...pandai2 la ek dah jadi org dapur sepenuh masa nih :)

                                                           Lamb grill + sayur-sayuran

Grill sosej + brocolli rebus + vege pasta (pinggan kecik tuh tuk si kecik :))

Jagung rebus la...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anak = menguji kesabaran

Lately, mummy & ayah dikejutkan dengan perubahan Yasmeen. Dier makin byk pe'el. Kuat nak meragam, semua serba tak kena. Tak tau la ape yg salah. Kalau kt rumah dgn mummy dier ok lg, boleh buat hal sendiri. Tapi bile ade gathering jumpa ramai org dier start la buat pe'el. Nak dukung ngan mummy je, tak nak main dgn kawan2.

Mummy & ayah mcm tak caye je sebab sebelum ni takde masalah. She's an easy going and friendly baby. Kitorang agak kekok nak handle sebab tak penah plak dier buat hal mcm nih. semua serba tak kene. Ckp elok2 dah, ckp keras pun dah...mmg menguji kesabaran.

Oh anak...One day, ade gathering kt rumah Aunty Kam, ayah borak2 dgn student Phd in Psychology Clinical. Bile dier tgk Yasmeen meragam mcm tu, dier kate ade 2 kemungkinan:

1. Die tak confident nak adapt dgn persekitaran baru.
2. Die dah dpt 'bau' yg dier akan jadi kakak.

On the 1st reason kitorang agak tak leh terima sebab bende nih jadi dlm 2-3 minggu kebelakangan ni je. sedangkan kitorang dah kt sini masuk bln ke-3. Sebelum nih dier boleh je main dgn anak2 mat saleh kt playground sumer.

The 2nd reason, mungkin punca utama. Memang kitorang ade bgtau dier, nnti Yasmeen jadi kakak tau. tak leh dukung dgn mummy sebab mummy nak bwk adik. yasmeen kene dukung ngan ayah. padehal aku blom conceive pun hehehe... saje la konon2 nk suh dier bersedia. pastuh duk start panggil dier kakak. mane tak merajuk budak tuh...hurmmmm mcm mane???

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS