RSS

I would like to say this as a "Reminder"

".....apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau. Maka ia terus menjadi." Surah Yaasin: Ayat 82

Things come with a reason. Allah Maha Mengetahui. Baik buruknya sesuatu perkara...Dia lebih tahu. Siapa kita untuk menidakkan ketentuannya..

18 Feb 2011 kitorang telah diberi "peringatan" oleh yg Maha Esa sesungguhnya life is fragile. Berlaku insiden yg hampir-hampir meragut nyawa kami sekeluarga. Kereta kami Mazda 626 (YoM 1993) terbakar.





Petang tu....ada appointment di klinik UC. Dah nak smpai car park, tiba2 hubby jerit, "eh mana clutch??"
Huh, clutch boleh hilang ke? rupe-rupenye clutch termasuk ke dlm. hakhak mcm kelakar kan bunyiknye. kene tarik pakai tgn baru keluar. sampai kt simpang ade kereta lain plak lalu, terus lah mati engine. Hubby tolak kereta, aku control stering. aku try tekan clutch, ok lah plak. drive slow2 gi parking.

Selesai urusan di klinik, decided nk gi workshop repair clutch. Drive slow2 sebab risau clutch buat hal lg. tak sampai 5 min jln, aku tercium bau mcm getah terbakar. cepat2 suruh hubby stop tepi jln. Bila hubby turn off the engine, nampak smoke cames out from the engine, betul2 depan mata aku nih. Hubby jerit suh bwk yasmeen keluar. Aku dgn gelabah lari gi seat belakang tarik-tarik yasmeen. dier duk dlm car seat, dgn seat belt lg punye lah payah nk tarik. sian dier nangis, mungkin sakit sebab aku duk tarik2 dier. hubby capai beg laptop n bwk kitorang jauh dr kereta.

Kebetulan ade 1 kereta aunty kt depan tuh tgh ambik anak dier balik sekolah. tanya dier kot2 dier ade no contact mechanic yg berdekatan. Tgh aunty nih duk belek2 buku yellow pages dier, aku nampak asap makin byk keluar. hubby terus je call bomba. Api dah mula keluar, makin lama makin byk. 5 min aku rase mcm 5 jam tunggu bomba tak sampai2. Org ramai berkerumun, semua pakat jerit suh pegi jauh dr kereta, takut meletup. Ade yg bwk fire extinguisher, ade jgk yg duk sibuk2 amik gmbr. Bomba dtg padam api. Almost 80% burnt and the result of their investigation said, it started from the fius box. "Short circuit" nothing to do with the clutch. Pelik!!

Lemah longlai lutut masa tuh. tgk kereta terbakar depan mata. Polis dtg ambik report and the most UNLUCKY thing is the car is NOT insured. Ade sedikit miscommunication di situ. This is not the right time to point to others. Things had happen. Sila ambil pengajaran, 'jgn terlalu percayakan org lain!!!'

Polis hantar balik rumah. Menangis air mata darah sekali pun tak mungkin akan dpt kereta tu balik. Berserah diri pada Yang Maha Esa, sujud syukur kerana masih diberi kesempatan melihat dunia...itulah yg terbaik.

Tentang kereta ITU:
1. Baru pakai 3 bulan
2. Dibeli dgn harga AUD 4500
3. Performance sgt baik. Luaran dan dalaman masih cantik walaupun YoM 1993.
4. Ke Batesman Bay paling jauh penah pegi.
5. Berkhidmat baik bwk hubby pegi balik kerja.


Thanks for those who had lent me your shoulder. Tak kenal sape2 ntah time tuh dtg saying condolence.
Kepada kawan-kawan di Canberra dan family di M'sia terima kasih atas sokongan moral dan pertolongan ehsan anda semua.

Dugaan yg kami terima tak lah sehebat mangsa cyclone di Queensland, tak lah seteruk mangsa banjir di Brazil dan tak lah sesengsara mangsa gempa di Chirstchurch. Kami panjatkan syukur yg tak terhingga. Sesungguhnya....Allah tak akan menguji kita lebih daripada apa yang kita mampu tanggung...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: