RSS
Showing posts with label My Kitchen Diary. Show all posts
Showing posts with label My Kitchen Diary. Show all posts

I can bake

Memang dah lame tak update. Sungguh2 lame. Sampaikan saya dah pandai baking :)

Sebelum ni beli instant cake mix je. Skrng alhamdulillah boleh la buat mcm2.

Start dgn kek sememeh ni. It's a buttercake with buttercream icing actually.



Kemudian kite up sket ke rainbow cake with buttercream icing for Yasmeen's 4th birthday.





Teringin tartlets. Alhamdulillah jadi jugak fruit tart n Nutella cheese tart ni. Rupenye xde la susah sgt nk buat :p


Melangkah setapak maju sket, maka terjadilah si baldu merah aka red velvet cupcakes ni. With creamcheese frosting youuuu


Ade lagi kek2 lain. Tunggu next entry plak ye


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu 44 hari

Seminggu selepas deliver PIL dah balik M'sia so, everything kene urus sendiri. Tak leh nak manja2 pantang kali nih. Since En. Suami tak reti nak masak, oleh itu kite pun masak la sendiri. Dier pun tak kisah nak makan menu org dlm pantang, senang msk sekali.

Bile kite masak, En. Suami uruskan anak2. Hana plak jenis nk tido berpegang je time siang mmg kelam kabut jgk lah. Bahan2 tuk masak kite siapkan awal simpan dlm bekas masuk fridge. Bawang, sayur2 sumer dah potong n basuh siap2. Time nk masak tinggal campak2 je. Satu, jimat masa memasak. Dua, kurangkan pegang air. Time dlm pantang nih tak leh sejuk2 kene air selalu nanti badan sejuk tak elok.Lagi2 dgn cuaca kt Canberra nih yg sgt tak menentu.

Kite tak la pantang strict sgt. Masa 1st baby dulu Mak yg jaga pun tak strict sgt. Lagi2 Mak nurse so takde la sgt nk pantang mkn nih. Kata Mak, semua buah2an n sayur2an is vitamin, kalau mkn lg cepat sihat. Cumanya kalau boleh elakkan makanan yg sejuk, berangin dan berbisa je takut baby tak tahan. Contohnya tembikai, kubis, ubi2, labu, ikan keli, pari dan yang seangkatan dgnnya.

Antara menu 44 hari dalam pantang yg kite masak dan makan...



IKAN TROUT BAKAR

IKAN BILIS LADA HITAM + HALIA + KUNYIT

BAK CHOI TUMIS AIR

KARI DAGING

SWEET SOUR IKAN SNAPPER

SAYUR CAMPUR

LOBAK PUTIH TUMIS KICAP

ASAM REBUS IKAN WHITING


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dari dapur saya....Ramadhan Winter 2011

Tahun ni, takde istilah pasar ramadhan sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak. Tensen doh, dah la tgh mabuk2 nih. Macam2 teringin nak makan. Biase la nafsu nasfi puase. Bende yg takde tu lah yg teringin nak makan. Seminggu mak kat sini boleh la order ape nak makan. Lepas tuh nah amik kau masak la sendiri. Ku gagahkan jugak mereka menu tuk berbuka demi suami terchenta....muahahaha.

Ok pe...boleh jugak la masak macam2 walaupun lepas masak terus pengsan.
Antara menu bebuka puasa dari dapur saya...


Kuih Cara - acuan mak bwk dari m'sia ritu

Murtabak Daging hasil bantuan en suami yang konon2nye pandai tebar kulit murtabak

Kuih Lapis - putih dan merah sahaja

Kuih Cara Berlauk

Dan ade lagi beberapa menu yang tak sempat nak capture. Resipi semua saya rembat dari sini http://www.myresipi.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penat lelah terbayar sudah :)


Kelmarin, 2nd attempt karipap pusing. Jenuh jugak la sebab nak betul2 ikut resepi. Masih tak dapat hasil yang sama tapi lebih baik dari 1st attempt.
Yang menjadi masalahnye doh minyak tu masih tak dpt berminyak macam dalam gambar resepi. Dekat 2 jam uli last2 proceed je to the next step. Alhamdulillah jadi jugak akhirnya....boleh la nak amik order pasnih :p










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mari membuat burger

Bahan-bahan:
200g daging hancur
1 biji bawang besar potong dadu
1 biji telur
lada hitam secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit minyak

Cara:
Gaul semua bahan. Then tepek-tepekkan mcm buat bergedil. Make sure jgn tebal sgt nnti isi dalam tak masak.




Siap!!!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

my very first PYREX

haha...introducing one of my bestie in the kitchen, Miss 9-1/2" Pie Plate pyrex. Dah macam mak mak kan? nak kumpul pyrex la, corelle la, corningware la, tupperware la...hikhik.

pelan-pelan kayuh. duit pun bukan byk sgt asyik nak membeli je. nak beli pun sebab geram tgk kt sini murah.padahal bukan takde pinggan mangkuk. yg ade tu pun tak habis pakai. pinggan mangkuk hadiah kawin pun ade lg yg tak bukak. tp takpe...kite buat koleksi peribadi :p



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Food Additives

Be particular of each food ingredients is a must when you are in a foreign country. Especially for the Muslims la kan...wajiblah carik yg halal. Sejak dtg sini, kalau nk beli barang makanan, mau 5-10 min belek ingredients dier. Yelah, kadang2 tak faham term2 yg diorang gune. Kene study la sket bahan2 yg commonly used, selamat dan halal tuk dibaham. Carik punye carik jumpe la satu web yg list out the food additives yg selalu ade dlm mknn. Ade yg selamat dan ade yg tak selamat tuk dimakan.

Boleh jgk nak dikatakan, diorang kt sini very concern pasal health food. Byk jual organik food, no MSG added food dan yg bestnye food 'suitable for vegetarians' pun mmg byk jual. Kalau dah vege kite tak perlu la risau pasal ingredients yg gune daging 'bak' tu.

Check it out!!!

http://www.mbm.net.au/health/400-495.htm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kesinambungan kisah 'Suamiku bosan makan nasik' (II)

Kisah 'Suamiku bosan makan nasik' masih belum tamat. Hari2 kite akan menggoogle menu ape nak masak.
Mula la teringat menu2 yg penah dimakan kat kedai2 western mase di m'sia. Antara menu fav, 'beef cutlet'. Boleh didapati di satu kedai makan kt my home town, t.intan. Nama kedai tak ingat. Tapi owner dier ialah kakak kepada penyanyi Jamal Abdillah.

                                                            Beef cutlet + sos suka rasa


Bahan-bahan:
Daging batang pinang di potong dadu
Tepung gandum
Minyak untuk menggoreng
Bwg besar, bwg putih potong dadu
Sos cili
Sos tomato
Sos black paper
Gula & garam secukup rasa
Sayur-sayuran sebagai side dish

1. Goreng daging dgn minyak yg sedikit sampai agak brownish (half cook)
2. Gaul dgn tepung then goreng. Tepek2 kan je atas kuali. Jgn terlalu tebal nanti tak garing. Dan jgn goreng
    terlalu lama sebab daging dah half cook pun tadi.
3. Untuk sos, tumis bwg besar & bwg putih sampai wangi.
4. Masukkan segala bala sos yg ada, gula & garam secukup rasa. Kalau nk cair sket tambah la air ye.
5. Sekian


Menu seterusnya agak cengkelat sket sebab beli lamb yg dah siap marinated. Lamb sweet soy kalau tak silap namanye. Boleh didapati di outlet2 Jabal Halal yg terdekat dgn kawasan anda. Mashed potato pun beli yg instant punye so tak payah la tulis cara-cara masak ek :p

Sweet soy lamb grill + mashed potatoes + baked chips + sayur-sayuran


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila suamiku bosan makan nasik (I)

Masuk bulan ke-3...
Nasik adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Sampai kt tempat org pun kite carik nasik jugak. Tapi lain plak kisahnye dgn laki aku yg sorang nih.

Suatu hari...
Isteri: Nak masak lauk ape ek hari ni?? Tak tau dah nk masak lauk ape.
Suami: Awak masak nasik ke?
Isteri: Yela...nape tak mo nasik?
Suami: Cube awak msk makanan diorang plak. Tak yah msk nasik selalu. Bosan la plak.Nanti balik M'sia baru rase best sebab jakun dah lame tak tgk nasik heheee...
Isteri: :) OK!!

Sejak dari hari tu...aku pun kene la buat planning. Aku masak nasik selang seli...time tak masak nasik buat la makaroni goreng ke, sup ke, grilling ke...pandai2 la ek dah jadi org dapur sepenuh masa nih :)

                                                           Lamb grill + sayur-sayuran

Grill sosej + brocolli rebus + vege pasta (pinggan kecik tuh tuk si kecik :))

Jagung rebus la...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Popia Crabstick

Petang2 nih mulut rase nak mengunyah je. Kalau kt M'sia malas nk ke dapur, gerai pisang goreng, kuih2 berterabur je kt tepi jln. Nak2 ade pasar malam lagi masyuk. Kat sini? kalau malas, telan air liur je lah...hehehe

Rase nak mkn popia. Tapi malas nk buat inti macam2. Last2 letak je crabstick. Yasmeen pun suke :)








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding kek kastard koktail buah-buahan


Teristimewa utk kuma yg tgh mengidam tuh :p. Aku upload bahan2 n cara2 nk buat puding kek untuk ko nih. Lenkali leh refer sini jek. tak yah nk msg aku tiap kali ko nk buat puding ni. hehehe... pastuh blog aku nih ko add to fav ek.

Mari ke dapur ela eli~~~
Bahan-bahan utk membuat puding kek kastard koktail buah-buahan chef fazlin :p

1 tin susu cair
1 tin air
1 tin koktail buah-buahan
1 buku kek gulung pandan flavor (ikut suke nk flavor ape)
6 sudu gula (ikut suke)
6 sudu tepung kastard

Cara-cara:

1. Potong kek gulung ikut suke besar mana. Susun dalam bekas untuk dijadikan base.
2. Tuang sket air buah koktail tuh atas kek tuk dptkan rasa manis buah.
3. Masak susu cair, air, gula & tepung kastard around 10-15 min (jgn lupe sentiasa kacau sebab kastard cepat berkerak kt bwh dier)
4. Bile dah masak, tuang kastard atas kek yg dah disusun.
5. Susun buah-buah koktail atas kastard.
6. Akhir sekali, simpan dlm peti sejuk tuk bekukan kastard.
7. Sedia tuk di makan...lalalala~~~

Tu saje resipi mudah dan ringkas tuk org2 'rajin' mcm kite. heehe

Daaaa~~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS